Resepi Latok (Sabah)

Hello!  Eyen abar?  Oronku Aishah.. 
Eh,  terkeluar pula loghat Bajau πŸ˜† Haa korangg, harini Aishah excited sangat nak bagitahu korang semua tentang makanan tradisional suku kaum Bajau iaitu Latok 😍



Korang tahu tak apa itu Latok? 
Pernah dengar tapi kurang pasti? Tidak mengapa! Kalau korang nak tahu, Latok adalah salah satu makanan tradisional negeri Sabah . Secara khususnya , Latok merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Bajau Laut. Latok juga dikenali sebagai sejenis makanan yang diperoleh dari rumpai laut. Bagi sesetengah orang , Latok dikenali sebagai anggur laut kerana bentuknya yang seakan-akan anggur. Menarikkkk kann????

Apa khasiat Latok ini ya? Okay, Aishah terangkan kat korang ya? Terdapat beberapa khasiat yang dipercayai ada pada Latok iaitu mampu mengekalkan raut wajah awet muda, boleh merawat kanser ,baik dari segi kesihatan darah serta dapat membantu tulang dan otot agar berfungsi dengan baik.


Dah tahu apa itu Latok & khasiatnya, sudah tentu kita nak tahu resepi & cara makan Latok , betul tak?  Di sini, Aishah sertakan bahan-bahan yang perlu ada untuk menyediakan masakan Latok.  Antara bahannya ialah :

-Bahan utama-
- Semangkuk rumpai laut @ Latok
(Perlu disiram dengan air dan ditoskan segera serta buang tangkainya)

-Bahan bagi sos- ( Kisar semua, masak sehingga mendidih dan sejukkan)

-Sebiji mangga muda 
(cincang)
-10 biji cili padi yang dihiris
-1 bawang besar
-1 cm belacan yang dihancurkan
-Jus perahan 2 biji limau kasturi
-Garam, gula & perasa tambahan 

Cara untuk menyediakannya pula sangat mudah & ringkas. Korang mesti nak tahu macam mana kan? 

Pertama, gaulkan kesemua bahan di dalam satu bekas.
Kedua, tuangkan jus perahan limau kasturi. 
Ketiga, hidangkan segera bersama sosnya.


Bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja tetapi Latok juga enak dimakan bersama nasi dan ikan bakar . 

Korang  patut cuba menu ini juga ! Mungkin Latok boleh menjadi salah satu makanan tambahan bagi korang yang kurang gemar dengan sayur dan sebagai salah satu menu diet harian. Mana tahu kan πŸ˜†

Sekian daripada Aishah untuk hari ini.  Jangan lupa untuk bersama Aishah pada masa akan datang.  Ada lebih banyak resepi menarik yang bakal Aishah kongsi bersama korang bukan sahaja makanan di Sabah dan Semenanjung tapi juga makanan di  negara luar seperti Korea , Jepun dan juga makanan barat.  

Stay tuned & keep supporting my blog! 


Comments

Post a Comment