Sup Gamat (Kedah)

Hai hampaaa! Hampa dah lama tertunggu-tunggu next recipe ka? Ha cek dah habaq bahasa utagha ni maksudnya cek nak kongsi dengan hampa semua satu resepi menarik bagi negeri Kedah tapi yang dah hampir ditelan zaman iaitu SUP GAMAT 😍

Sup Gamat merupakan antara hidangan menarik di negeri Kedah tau. Namun, pada masa kini mungkin sukar untuk dapatkannya kerana kekurangan stok. Kalau korang nak tahu,  sup gamat ni biasanya dijual sekitar RM10 semangkuk. Haaa kauuuu,  boleh tahan kan? 

Apa rasa gamat ? Sedap? Tak sedap?  Okay sebenarnya sedap atau tidak itu bergantung kepada masing-masing tapi secara peribadinya, isi gamat ni agak kenyal seperti sotong. 
Sekian pengenalan tentang GAMAT, hehehe. Sekarang Aishah nak share dengan korang bahan-bahan untuk menyediakan sup gamat pula 😍

-Gamat
-Timun Laut
-Jagung (hiris)
-Cendawan (hiris)
-Telur
-Brokoli (hiris)
-Lobak merah (hiris)
-Tepung
-Maggie secukup rasa
-Minyak bijan
-Sos tiram

Bahan-bahan sos 👇

-Cili api
-Perahan jus limau
-Maggie secukup rasa

Selepas ada semua bahan lengkap, kita boleh terus sediakan sup gamat specialllll kita 😍 Jum kita ikut step by step! 

1)Rebuskan gamat di dalam periuk selama 5 minit dan toskan. 
2)Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumiskan cendawan.  Kemudian,masukkan air dan biar sehingga mendidih.
3)Masukkan hirisan lobak merah,jagung dan brokoli. Gaul dan masukkan gamat.
4)Masukkan maggie secukup rasa, gula,garam,sos tiram dan lada hitam secukup rasa.
5)Pekatkan dengan sedikit telur dan tepung.
6)Hidangkan...

Cara Penyediaan Sos :
Jus limau dicampurkan dengan cili api dan tambahkan maggie secukup rasa sebagai perasa.

Selepas dah siap,  korang boleh menjamu selera sup gamat bersama sos yang sedap tu. Memang orang yang makann je tahu nikmat sup gamat tu macam mana. Korang pun patut cuba ok? Jangan sebab namanya gamat, korang jadi pelik & takut pula 😆

Thankyou korang!  Tunggu next recipe ok?

Comments

Post a Comment