Resepi Kuih Mochi (Jepun)

Konnichiwa! o genki desu ka ?
ii tenki desu ne 😍
(Hello! Apa khabar? Hari ini sangat indah 😍)


Speaking japan pula kita hari ni πŸ˜† Bukan apa korang,  Aishah nak ada mood Japan tu sebab Aishah nak share resepi kuih mochi 😍 Tahu tak kuih mochi tu apa & macam mana?

Mochi adalah sejenis kuih Jepun yang diperbuat daripada mochigome iaitu sejenis beras pulut japonica pendek. Korang nak tahu kenapa Aishah share resepi mochi?  Sebabnyaa Aishah dah banyak kali nampak orang post resepi Mochi kat instagram . Jadi,  Aishah pun terliur bila tengok orang makan Mochi ni tau. Lembut jee.  Kita pula yang terasa sedapnya. Kira macam, orang Malaysia pun suka kuih ni tau 😍


Kuih Mochi ni ditumbuk sehingga menjadi lembut dan melekit. Then, ia dibentuk sehingga menjadi bulat 😱

Kalau korang nak tahu,  di Jepun,  Mochi dibuat secara tradisional dan sering dimakan semasa musim perayaan . Tapi, ia juga biasa dijumpai dijual di kedai-kedai kuih sepanjang tahun. 

Ok now,  Aishah share bahan-bahan untuk buat Mochi ok?

-2 cawan tepung pulut
-2 sudu besar tepung jagung 
-1/2 cawan gula
-200ml santan
-1 sudu kecil esen vanila
-Pewarna tambahan
-Sedikit tepung pulut yang disangai (untuk salut mochi)

See? Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah untuk dicari kan? Semudah dengan cara nak menyediakannya juga. Jum kita mulakan!  1,2,3!


1)Satukan tepung pulut,tepung jagung,gula dan esen vanilla
2)Masukkan santan sedikit demi sedikit . Uli sehingga menjadi doh licin.
3)Letakkan pewarna
4)Masukkan doh ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit / sehingga masak.
5)Angkat dan sejukkan.
6)Apabila sejuk,bahagikan doh sama saiz.
7)Leperkan,ratakan doh dan masukkan inti (mentega kacang/kacang merah & sebagainya)
8)Bulat-bulatkan dan golek ke dalam tepung pulut yang disangai.
9)Sejukkan dan boleh dimakan.


Nikmat koranggggg bila makan Mochi ni time sejuk 😍 Dahla gebu-gebu semuanya.  Korang jangan lupa try lepastu komen kat bawah ok? 

Stay Tuned for next recipe! 

Comments

Post a Comment