Tteokbokki Cheese (Korea)

Anyeong! eotohke jineseyo? Mannaso bangawo -yo 👋


Haaa uolss.  Gigih kitaa nak jadi awek korea sekejap hihihi. Bukan apa korang, Aishah ada try satu makanan korea ni.  Dah famous lama tapi Aishah je baru nak cuba cuba 😆 Nak tahu apa?  Sudah semestinyaaaaa Tteokbokki Cheese 😍

Cheese diaaa tarik dari Malaysia sampai ke Korea kauuuu!

Tteokbokki merupakan makanan korea yang popular daripada kek beras yang lembut , kek ikan dan sos cili merah yang manis.Di Korea, makanan ini mudah didapati di gerai gerai tepi jalan. Tteokbokki juga dikenali sebagai ddeokbokki. Ia dikategorikan sebagai sajian snek!  Menarik bukan?

Nak resepi tak? Okay teruskan membaca okay ❤

First, korang wajib ada bahan untuk buat "rice cakes" . Simple je korang!


-1/2 pack tepung pulut
-3 sudu besar tepung beras @ gandum
-Air
-Garam
-Minyak bijan

Cara-cara buat rice cakes pun agak mudah. Korang follow je step di bawah ok?

1)Satukan semua bahan di atas
2)Masukkan air sedikit demi sedikit . Jangan lembut @ lembik sangat.  Korang agak-agak la ya
3)Gulung panjang-panjang & korang boleh potong ikut suka korang hihihi.
4)Rebus rice cakes yang dipotong tadi sehingga naik ke atas.
5)Tos @ masukkan ke air yang sejuk

Easy kan?

Jap jap! Belum habis gaisss! Bahan untuk sos pula 👇


-3 sudu besar minyak masak
-5 @ 6 biji cili api
-4 ulas bawang putih
-2 sudu besar cili kisar @ serbuk cili
-1 sudu besar cuka
-Sedikit gula
-Sedikit serbuk ikan bilis @ pati ayam
-1/2 cawan air masak
-sedikit bijan
-sedikit daun bawang

Alright sekarang, kita pergi cara untuk sediakan sosnya pula. Omg! Tak sabar!!!!

1)Panaskan minyak
2)Masukkan cili api yang dah dikisar dengan bawang putih
3)Apabila sudah pecah minyak, masukkan serbuk ikan bilis atau pati ayam
4)Masukkan air,cuka, dan cili kisar @ serbuk cili
5)Masukkan sedikit gula
6)Masukkan rice cakes tadi
7)Masukkan sedikit daun bawang, kemudian biarkan sehingga kuah pekat & taburkan bijan
8) Akhir sekali,  korang boleh masukkan cheese.  Nak guna mozarella cheese pun boleh supaya korang boleh tarikkkkkkkk cheese sampai ke Korea sana.  Cehh


Tteokbokki Cheese is doneee gaisss!  Korang boleh upload gambar Tteokbokki Cheese korang dekat komen ok? 😍

Comments

Post a Comment